by

Agong perintahkan jangan abai SOP Covid-19 

News Sources:

MARAN: Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah bertitah kepada mangsa banjir supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Titah Seri Paduka Baginda, walaupun dalam kesulitan menghadapi banjir apabila terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) tetapi aspek penjagaan kesihatan perlu diutamakan.

“Mereka yang diberi tanggungjawab mengawasi dan memantau pematuhan SOP harus berfungsi dengan baik demi kebaikan semua pihak.

“Pihak berkenaan perlu menyediakan kemudahan perubatan segera di PPS sebagai persediaan jika ada mangsa banjir yang sakit,” titah baginda ketika mencemar duli melawat mangsa banjir seramai 86 keluarga membabitkan 378 orang di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran di sini hari ini.

Seri Paduka Baginda melawat antaranya PPS Kampung Jara dan Kuala Sentol serta PPS Masjid As Syakirin. 

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. 

Al-Sultan Abdullah memberikan jaminan kebajikan mangsa banjir akan diberi keutamaan yang mana agensi kerajaan perlu sentiasa memberi bantuan segera iaitu semasa dan selepas banjir.

Baginda sendiri akan melawat PPS di beberapa daerah bagi melihat sendiri kesulitan dialami rakyat.

“Diharap dengan kehadiran saya dengan keluarga menyantuni mangsa banjir akan meringankan tekanan banjir,” titah baginda .

Bagaimanapun baginda bersyukur situasi banjir semakin baik namun berharap rakyat sentiasa mengutamakan kebersihan. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed