by

Ahli Parlimen, ADUN dapat suntikan vaksin fasa pertama

News Sources:

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) tidak kira sama ada daripada kerajaan atau pembangkang akan diberikan suntikan vaksin sepanjang fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 26 Februari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia kerana golongan itu juga termasuk dalam kategori petugas barisan hadapan kerana sering bertemu dengan masyarakat.

“Ahli Parlimen dan ADUN sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang juga termasuk dalam kategori barisan hadapan kerana mereka sering bertemu dengan masyarakat di akar umbi dan sering terdedah dengan jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan laman web www.VaksinCovid.gov.my di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Muhyiddin menambah, pada fasa pertama, tujuan kerajaan  adalah melindungi barisan depan daripada jangkitan Covid-19 untuk memastikan perkhidmatan kesihatan, pertahanan dan keselamatan dioptimumkan.

Namun beliau bersetuju pengamal dan dan guru juga memainkan peranan penting walaupun bekalan vaksin sangat terhad pada fasa satu.

“Kerajaan perlu sangat selektif untuk memastikan perkhidmatan penting yang paling tidak terganggu oleh jangkitan. Oleh itu lebih banyak bekalan vaksin diterima oleh negara kita, semakin banyak pekerja termasuk pengamal medoia dan guru akan diberi vaksin,” katanya.

Sementara itu, Khairy pula memberitahu, bagi fasa pertama dari 26 Februari hingga April ini, sejumlah 500,000 vaksin diperuntukan dengan 300,000 daripadanya dikhaskan petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam perubatan.

Manakala bakinya puka untuk golongan yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak itu. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed