by

Ahli Parlimen Pasir Gudang tawar diri disuntik vaksin Covid-19

News Sources:

JOHOR BAHRU : Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimennya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, tujuan beliau membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang dan di seluruh Malaysia bahawa vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolaan Kementerian Kesihatan adalah selamat.

“Bahawa saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan sesungguhnya dan suci hati mengisytiharkan bahawa saya menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang untuk menerima vaksin Covid-19.

“Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat manusia yang bermaruah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.

Beliau kemudian mengarahkan Kementerian Kesihatan agar penghantaran vaksin yang sepatutnya tiba pada Mac ini supaya dipercepatkan.

Perdana Menteri juga telah mengarahkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agar melakukan rundingan agar stok vaksin ditambah daripada 30 peratus kepada 60 hingga 70 peratus.- UTUSAN ONLINE

The post Ahli Parlimen Pasir Gudang tawar diri disuntik vaksin Covid-19 appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed