by

Ahli perniagaan ditipu rakan kongsi RM1.2 juta

News Sources:

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun kerugian RM1.2 juta selepas diperdaya rakan kongsinya yang mengajak mangsa untuk membuat pelaburan perniagaan dalam sektor pelancongan dan hartanah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan di Balai Polis Johor Jaya pada pukul 3.52 petang, kelmarin.

Menurutnya, mangsa mengenali suspek pada tahun 2019 ketika mereka bertemu di Kuala Lumpur.

“Suspek adalah seorang lelaki berusia 30-an yang juga merupakan rakan kongsi mangsa di mana mangsa telah diperdaya untuk melabur dalam sebuah syarikat yang dikatakan menjalankan perniagaan pelancongan dan hartanah di dalam dan luar negara.

“Mangsa dijanjikan akan menerima pulangan dividen serta milikan saham sebuah syarikat sebanyak 23.3 peratus, selain modal perniagaan.

“Mangsa yang percaya dengan perkara itu membuat pembayaran kepada suspek secara berperingkat pada tahun 2019 dan 2020 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, mangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek bertindak menghilangkan diri dan gagal dikesan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi terutamanya yang membabitkan transaksi kewangan.

“Orang ramai diminta membuat semakan terlebih dahulu menerusi laman web ///ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” ujarnya.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed