by

Ahli politik disenarai terima suntikan seperti barisan hadapan

News Sources:

PUTRAJAYA: Ahli politik disenaraikan antara pihak yang boleh diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 seperti barisan hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ada melakukan penilaian risiko di mana Perdana Menteri berjumpa ramai orang yang memungkinkan boleh berlakunya jangkitan.

“Ini melibatkan beliau dan orang lain terdedah kepada jangkitan atau menyebarkan Covid-19 kepada orang lain.

“Sebab itulah, penilaian risiko melihat mereka yang sentiasa bersama dengan orang ramai termasuk ahli politik boleh dikira antara senarai keutamaan untuk menerima vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai penyelarasan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) secara maya di sini hari ini.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli politik yang terdiri daripada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut disenarai sebagai penerima vaksin Covid-19 fasa pertama.

Perdana Menteri berkata, ahli politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang dikategorikan sebagai barisan hadapan kerana sering bertemu dengan masyarakat.

“Mereka sering terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed