by

Ahmad Ruzman CEO baharu TH Travel & Services

News Sources:

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) berkuat kuasa 4 Januari lalu.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), pelantikan Ahmad Ruzman selaras dengan usaha pihaknya dalam memantapkan kepimpinan organisasi tersebut.

Jelasnya, Ahmad Ruzman berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang pengurusan operasi dari Universiti Northen Illinois, Amerika Syarikat serta mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam Kumpulan TH.

“Beliau memulakan kerjama di THTS pada 1988 sebagai Pengurus Penerbangan sehingga menyandang jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi).

“Pada 2004, beliau dipinjamkan ke TH dan seterusnya diserap sebagai kakitangan tetap sehingga menyandang jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH sehingga akhir 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas pelantikannya, Ahmad Ruzman bersyukur dengan amanah yang diberikan dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan TH untuk menerajui THTS yang telah terbukti cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah serta aktiviti pelancongan dalam dan luar negara.

“Walaupun industri pelancongan sedang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk kembali pulih seperti keadaan sebelum Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, namun saya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kelangsungan THTS dan kesiapsiagaannya menghadapi pelbagai cabaran lagi pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed