by

Ai Lin CEO baharu Zurich Life Malaysia

News Sources:

KUALA LUMPUR: Zurich Life Insurance Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Khoo Ai Lin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) baharu bermula semalam.

Ai Lin mengambil alih jawatan tersebut daripada Stephen Clark, yang kekal sebagai Pengarah Eksekutif ZLIMB.

Pengarah Eksekutif Stephen Clark berkata, Ai Lin bukanlah nama yang asing dalam industri itu.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun, memegang pelbagai jawatan strategik dan pengurusan tertinggi merangkumi segmen insurans hayat dan am.

“Dengan Ai Lin menyertai kami, saya yakin kami akan mampu meningkatkan perniagaan kami dengan memperkukuhkan saluran pengedaran dan perkongsian serta membina posisi pelanggan.

“Cara itu akan menggalakkan interaksi di antara syarikat dan pelanggan. Kami sentiasa mempertingkatkan gaya hidup pelanggan kami bagi membina masa depan yang cerah,” katanya dalam kenyataan.

Ai Lin bertanggungjawab menerajui dan melaksanakan keutamaan strategik Zurich Malaysia dalam membina perniagaan insurans hayatnya.

Jawatan terakhir beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect dan mempunyai rekod cemerlang dalam membangunkan perniagaan dan mempelbagaikan saluran pengedaran.

Berasal dari Pulau Pinang, Ai Lin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari La Trobe University, Australia. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed