by

Air mula naik di Kota Bharu

News Sources:

KOTA BHARU: Beberapa kawasan rendah di jajahan ini mula dinaiki air malam semalam (Khamis) menyaksikan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kampung Sireh, di sini, setakat pukul 6 petang ini.

Kumpulan pertama dipindahkan ke PPS tersebut terdiri daripada 16 keluarga melibatkan 22 orang mangsa dari dua kawasan iaitu Jalan Gajah Mati dan Lorong Tukang Perak.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Kota Bharu Lt (PA) Mohd Safiyan Ibrahim berkata, PPS Kampung Sireh mula dibuka pada pukul 8 malam.

“Di peringkat awal 11 keluarga melibatkan 16 mangsa berpindah.

“Namun menjelang pukul 2 pagi ini, jumlah bertambah kepada 16 keluarga membabitkan 22 mangsa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di PPS Kampung Sireh di sini hari ini.

Sementara itu, Munah Mamat, 78,  memberitahu dia akur dengan arahan pihak berkuasa yang membawanya ke PPS Kampung Sireh biarpun rumahnya di Jalan Gajah Mati belum ditenggelami air banjir

“Saya tiba di PPS pukul 11 malam bersama anak saudara, Rahimah Mamat, 65, dengan menaiki kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (APM).

“Walaupun rumah makcik belum lagi dimasuki air, tetapi paras air semakin menaik di seluruh kawasan Jalan Gajah Mati,” katanya.

Tambah Munah, sebagai warga emas, dia sebenarnya berat hati untuk berpindah ke PPS kerana khuatir terhadap ancaman pandemik Covid-19 yang semakin serius di negeri ini. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed