April 19, 2021
by

Air Selangor rai 100 warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baru Cina – JohorKini

News Sources:

Tahun-Baru-Cina-Air-Selangor.jpg

Gambar Ehsan FB Air Selangor

SHAH ALAM, 11 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) semalam meraikan 100 warga emas dan kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Komunikasi Korporat, Elina Baseri berkata mereka terdiri daripada 30 warga emas dari pusat jagaan Rumah Love and Care, Kajang serta 70 kanak-kanak dari rumah perlindungan Rainbow Home, Taman Fern Grove, Cheras dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Taman Klang Jaya, Klang.

Kesemua mereka dirai menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sesama Mara.

“Pada program itu, kesemua penerima mendapat makanan dan perabot manakala warga emas diberi alatan berkebun sementara alatan pembelajaran kepada kanak-kanak terbabit,” kata Elina, lapor SelangorKini.

Tambah beliau, Air Selangor turut mengambil inisiatif memeriksa keadaan paip dalaman rumah serta menjalankan perkhidmatan kawalan serangga bagi memastikan mereka selesa tinggal di rumah tersebut terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam pada itu Air Selangor turut memberi angpau bagi menceriakan mereka yang akan meraikan perayaan secara sederhana dalam situasi pandemik Covid-19.

“Air Selangor berharap agar bantuan itu dapat meringankan beban perbelanjaan rumah perlindungan itu sekali gus menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik,” katanya lagi.

Johorkini



Post Views:
7







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed