by

Akibat PKP jenazah terpaksa diusung lalu pagar batu

News Sources:

KUALA LUMPUR – Urusan pengebumian jenazah jadi masalah gara-gara protokol Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itu yang berlaku akibat penutupan jalan Persekutuan sempadan antara Gombak dan Hulu Selangor berhampiran pekan Serendah hari ini.

Akibat halangan pagar batu dan kawat, penduduk terpaksa mengeluarkan jenazah dari van dan mengangkatnya beramai-ramai sebelum menaiki van jenazah lain untuk urusan pengebumian.

Perkara itu turut mendapat respon daripada bekas Ahli Dewan Undangan Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

“Masalah orang meninggal di Sungai Choh – baru kebumi. Apalah payah nak selesaikan masalah fardu kifayah ini.

“Protokol dgn kerja hari kiamat kena sejajar. Yang berwajib tolong guna kebijaksanaan bukan totok dgn undang-undang manusia sahaja. Buatlah reserve lane ke sebagai contoh,” ulasnya dalam Facebooknya hari ini.

Gara-gara gambar itu ia mendapat kritikan daripada netizen supaya pihak berkuasa memudahkan urusan berkaitan kematian walaupun Selangor dan Lembah Klang sekarang menjalani PKP.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed