by

Aksem Kedah rampas 900,000 batang rokok seludup

News Sources:

KUBANG PASU: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah merampas 900,000 batang rokok putih tidak berkastam dianggarkan bernilai RM742,500 termasuk cukai yang dipercayai untuk dipasarkan di Pulau Pinang dan negeri ini malam semalam.

Komander Aksem Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintenden Mohd. Khairi Abdullah berkata, rokok putih jenama ‘D&J’ itu dirampas selepas menahan sebuah lori di Kilometer 177.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di  Bandar Baharu, Serdang, Kulim dekat sini pada pukul 10.30 malam.

Menurutnya, nilai keseluruhan rokok putih yang dirampas berjumlah RM135,000 yang melibatkan cukai RM607,500.

Katanya, anggota Aksem bertindak menahan lori tersebut selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai penyeludupan rokok tidak berkastam itu.

“Hasil pemeriksaan, bahagian belakang lori tersebut diletakkan barangan plastik dan rokok putih tersebut yang diisi dalam 90 kotak itu pula disembunyikan di tengah badan lori berkenaan.

“Taktik tersebut dipercayai bertujuan mengabui pihak berkuasa sekiranya melakukan pemeriksaan ke atas lori terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Aksem Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, pihaknya percaya pada awalnya, lori tersebut membawa kira-kira 600 kotak rokok putih dan telah dihantar ke beberapa premis perniagaan termasuk di Pulau Pinang sebelum ditahan oleh Aksem.

Tambahnya, Aksem masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti tempat bekalan rokok seludup dipercayai dari Indonesia diperoleh dan dibawa ke Pulau Pinang serta negeri ini.

“Pemandu lorin berusia 31 tahun dan berasal dari Selangor itu ditahan dan lori terbabit yang bernilai RM60,000 juga dirampas sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. -UTUSAN ONLINE

The post Aksem Kedah rampas 900,000 batang rokok seludup appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed