by

Aktiviti sukan berkumpulan, kenduri tidak dibenarkan sama sekali

News Sources:

PETALING JAYA: Selari dengan tindakan kawalan yang lebih tegas mulai 13 Januari ini, semua aktiviti sukan berkumpulan dan majlis kenduri tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian Covid, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan
beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Bagaimanapun katanya, bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

“Kalau hendak joging jangan lebih dua orang,” kata Perdana Menteri.

Bagi yang menggemari aktiviti berbasikal pula, mereka tidak dibenarkan melakukannya beramai-ramai. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed