by

Alonso dilanggar kereta ketika berbasikal

News Sources:

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia dua kali, Fernando Alonso kini sedar dan stabil selepas dilanggar kereta ketika sedang berbasikal di Switzerland.

“Alpine F1 Team mengesahkan Fernando Alonso terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika berbasikal di Switzerland.

“Fernando sedar dan berada dalam keadaan baik serta menunggu ujian perubatan seterusnya pagi esok.

“Alpine F1 Team tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut ketika ini. Butiran akan dikeluarkan esok,” kata pasukan Alpine dalam satu kenyataan hari ini.

Pelumba Sepanyol berusia 39 tahun itu, yang merangkul kejuaraan dunia 2005 dan 2006 dijangka kembali ke kancah F1 pada dalam aksi pembuka tirai Grand Prix Bahrain pada 28 Mac selepas kali terakhir berlumba tiga tahun lalu.

Sesi ujian musim baharu akan berlangsung di Bahrain dari 12-14 Mac, dan menurut sumber, pelumba itu tidak berdepan masalah untuk menyertainya.

Berdasarkan laporan akhbar Itali, Gazzetta dello Sport, Alonso mengalami retak rahang, patah gigi dan berada di hospital di Bern.

BBC melaporkan Alonso dilanggar kereta berdekatan rumahnya di Lugano yang terletak di sempadan Itali. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed