by

Ambil iktibar kerjasama dibentuk dengan muslihat – AMK Selangor

News Sources:

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil peluang memperkukuhkan kerjasama dengan parti komponen di sebalik situasi pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, semua parti dalam PH mengambil ruang dan ikhtiar untuk memperkukuhkan kerjasama sesama sendiri.

Menurutnya, PH perlu bergerak secara lebih agresif dengan merangka semula kebijakan ekonomi dan sosial yang lebih berkesan demi memenangi semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.

NAJWAN HALIMI

“Kerjasama politik dua parti ini didakwa dibentuk menerusi muslihat, penipuan dan pengkhianatan berkemungkinan tidak kekal lama.

“Daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara, 189 bahagian telah menyatakan pendirian rasmi menolak kerjasama politik dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Hal ini sewajarnya direnung serta diinsafi oleh pimpinan dan pendukung PH bahawa mana-mana kerjasama politik yang dibentuk menerusi muslihat, penipuan dan pengkhianatan tidak akan mampu bertahan lama dan bakal menemui pengakhiran yang memalukan, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan beliau masih terbuka dalam menerima kerjasama parti lain termasuk UMNO.

Anwar dalam Program Sepetang 2021 itu berkata, kemelut politik yang berlaku disebabkan pimpinan yang salah membuka ruang lebih besar serta wujud kefahaman untuk bekerjasama dengan UMNO. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed