by

AmTuah mahu rebut RM401,050 – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pemain profesional permianan video FIFA, Nur Amirul Afandi berhasrat untuk muncul wakil Malaysia pertama layak ke Piala Dunia yang menawarkan wang kemenangan bernilai AS$100,000 (RM401,050).

Amirul, 27 atau nama panggilannya AmTuah, juga juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali berkata, dia akan bergandingan dengan Iskandar Mirza, 23 dalam kelayakan Piala Dunia peringkat Asia yang bakal berlangsung malam esok.

Katanya kelayakan tersebut akan menghimpunkan 16 kelab e-sukan FIFA terbaik di Asia, dengan format pertandingan dua lawan dua (2vs2) melibatkan home away dan hanya pemenang akan ke Piala Dunia, Feruari depan.

“Persediaan setakat ini berjalan lancar. Pihak pengurusan juga telah mengkaji pihak lawan. Insya-Allah dengan persiapan ini, kami dah bersedia nak lawan.

“Kami sasar untuk layak ke Piala Dunia disebabkan semua persediaan rapi telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dia menjangkakan Jepun dan Korea Selatan bakal memberikan tentangan sengit dalam perebutan ke Piala Dunia itu nanti memandang negara terbabit berpengalaman luas.

“Bagaimanapun cabaran kali ini lebih sengit disebabkan kesemua pasukan telah membuat persediaan lebih awal. Mereka nampak bersedia untuk beri yang terbaik,” ujarnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed