by

Anggota MPV polis dilengkapi jaket keselamatan baharu

News Sources:

JOHOR BAHRU : Anggota kereta peronda (MPV) polis kini dilengkapi jaket keselamatan baharu dengan mempunyai ciri-ciri pelindungan yang tinggi untuk menjamin keselamatan ketika bertugas.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, jaket ‘rerlective bullet proof vest level II with anti stab’ itu mampu beri pelindungan tikaman peralatan tajam seperti pisau.

Katanya, ia juga mampu memberi pelindungan balistik terhadap tembakan peluru Caliber 9 MM dan sekali gus menjadi alatan keselamatan sokongan yang perlu digunakan semasa bertugas.

“Ia juga berfungsi membalikkan cahaya sebagai pelindung kepada anggota polis yang bertugas khususnya pada waktu malam atau keadaan gelap.

“Dengan pembekalan jaket keselamatan ini, ia akan dapat memberikan keyakinan kepada petugas MPV polis dan meningkatkan semangat dalam menjalankan tugas dengan lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Rerlective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab dan Baju Amanita di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Polis di sini hari ini.

Zainal Abidin menambah berbanding jaket digunakan sebelum ini, ia hanya berfungsi sebagai pemantul cahaya.

Katanya, kerajaan menerusi Belanjawan 2018 telah meluluskan perolehan pembelian pakaian itu dan buat permulaan, 800 jaket telah diagihkan kepada IPK terlibat bermula tahun ini.

“Namun kita memerlukan 6,000 jaket lagi memenuhi keperluan 3,000 anggota MPV. 

“Tetapi kita berharap kerajaan dapat memberikan perolehan lagi untuk membelinya secara berperingkat untuk tahun akan datang,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed