by

Angsana Mall mula dibuka esok

News Sources:

JOHOR BAHRU : Pusat beli-belah Angsana Mall Johor Bahru di sini bakal dibuka semula dan beroperasi seperti biasa mulai esok setelah hampir dua minggu tidak beroperasi bagi mengekang penularan kes Covid-19 di premis berkenaan.

Pihak Pengurusan Angsana Johor Bahru Mall dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah keselamatan demi kesejahteraan penyewa dan pengunjung pusat beli belah itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi secara berkala sebagai persediaan untuk menerima pengunjung semula.

“Pada Jumaat lalu, pihak pengurusan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan juga telah menganjurkan sesi saringan Covid-19 secara pandu lalu di perkarangan pusat beli belah itu.

“Sesi saringan itu melibatkan semua penyewa dan kakitangan Angsana Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 Disember lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengarahkan pusat beli belah Angsana Johor Bahru untuk menghentikan sementara operasi mereka sehingga 14 Disember.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, arahan itu ekoran terdapat penularan kes Covid-19 yang dikesan di sekitar premis berkenaan.

Arahan penutupan selama seminggu ini dibuat setelah pegawai Jabatan Kesihatan melakukan penilaian di premis berkenaan.

Penutupan sementara operasi pusat beli belah itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan selain membolehkan pekerja premis terlibat menjalani saringan.

Arahan penutupan itu dibuat dibawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed