by

Anjing kawal kegiatan judi  – Utusan Digital

News Sources:

BUTTERWORTH: Taktik tuan rumah meletakkan lima ekor anjing untuk melindungi kegiatan perjudian di sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, Raja Uda, di sini tidak berhasil apabila diserbu polis hari ini. 

Dalam serbuan bermula pukul 10 pagi oleh sepasukan anggota polis daerah Seberang Perai Utara (SPU), seramai lapan individu termasuk tiga warga emas ditahan ketika leka bermain judi d rumah sewa berkenaan. 

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka ditahan berusia antara 54 sehingga 60 tahun didapati berkumpul dalam salah sebuah bilik di rumah sewa berkenaan dan leka bermain mahjong tanpa menghiraukan penjarakan sosial. 

“Modus operandi tuan rumah adalah dengan meletakkan lima ekor anjing di dalam premis yang akan menyalak memberi amaran sekiranya ada pihak berkuasa datang. 

“Kita percaya mereka berkumpul dan bermain judi sejak sehari sebelum Tahun Baharu Cina iaitu bermula Khamis lalu. 

“Walaupun mereka mendakwa berkumpul dan bermain mahjong kerana bosan kerana sudah lama terperuk di rumah, namun, ia tidak boleh dijadikan alasan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu. 

Menurut Noorzainy, kesemua individu itu dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Selain itu, katanya, polis turut merampas pelbagai kelengkapan dan peralatan bermain mahjong dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Butterworth di sini bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed