by

Annuar tidak tahu dipecat – Utusan Digital

News Sources:

PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa seolah-olah tidak tahu bahawa dirinya dipecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Perkara terbabit diluahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu melalui Twitternya dengan membuat naik sekeping tangkap layar yang memaparkan ucapan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini.

“Tempoh bertenang…,” katanya hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan Barisan Nasional (BN) dikatakan memecat Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan dikatakan tidak sehaluan dengan partinya.

Keputusan  itu dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan belum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatannya itu. -habis





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed