by

Anwar ucap takziah kepada keluarga Ungku Aziz

News Sources:

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia pada pukul 4.30 petang tadi.

Katanya, Allahyarham banyak menyumbang kepada gagasan penting dalam pelbagai lapangan antaranya pendidikan, ekonomi dan program pembasmian kemiskinan.

Peranan besar yang dimainkan allahyarham adalah di sebalik penubuhan Lembaga Tabung Haji serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa). 

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga meyakini sumbangan besar Allahyarham kepada bangsa akan dikenang rakyat dan negara selama-lamanya. 

“Terima perkhabaran duka telah pergi mengadap ilahi pada jam 4.30 petang tadi. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam Facebook di sini hari ini.

Tambah Anwar, pengorbanan dan tunjuk ajar Allahyarham sewaktu berada di Universiti Malaya juga akan sentiasa tersemat utuh dalam jiwanya. -UTUSAN ONLINE

The post Anwar ucap takziah kepada keluarga Ungku Aziz appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed