by

Arab Saudi bina roller coaster paling laju, tinggi, terpanjang di dunia

News Sources:

RIYADH: Arab Saudi bakal memecah rekod dengan memiliki roller coaster paling laju, tinggi dan terpanjang di dunia.

Lapor CNN, roller coaster yang dinamakan sebagai Falcon’s Flight itu ketika ini masih sedang dibina.

Falcon’s Flight akan menjadi tarikan utama di taman tema Six Flags Qiddiya, yang bakal beroperasi di luar Riyadh pada tahun 2023.

Projek itu dibangunkan oleh Qiddiya Investment Company (QIC) dengan kerjasama syarikat taman hiburan, Six Flags yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

QIC dalam satu kenyataan memaklumkan, roller coaster itu akan menempuh jarak sejauh empat kilometer.

“Orang ramai berpeluang merasai pengalaman cemas yang menyeronokkan ketika roller coaster itu menurun laju secara menegak sebelum dibawa meluncur ke dalam terowong sedalam 160 meter menggunakan pecutan motor magnetik dan mencapai kelajuan kira-kira 250 kilometer sejam,” jelas kenyataan itu.

Menurut QIC, roller coaster itu boleh membawa sehingga 20 penumpang dalam perjalanan selama tiga minit yang menawarkan pemandangan menakjubkan taman tema tersebut.

Six Flags Qiddiya juga akan menampilkan 28 tunggangan dan tarikan membabitkan enam kawasan bertema iaitu The City of Thrills, Discovery Springs, Steam Town, Twilight Gardens, Valley of Fortune dan Grand Exposition.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed