by

Arsenal bawa pulang Wenger? – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Bekas pemain tengah Arsenal, Emmanuel Frimpong menggesa kelab itu  melantik semula Arsene Wenger sebagai pengurus untuk menyelamatkan pasukan.

Arsenal hanya menang sekali daripada 10 aksi terakhir Liga Perdana Inggeris dan kini menghuni tangga ke-15 liga, hanya empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran.

Semalam, Gunners tersingkir dari suku akhir Piala Liga selepas tumpas 1-4 kepada Manchester City di tempat sendiri.

Kedudukan pengurus mereka, Mikel Arteta semakin panas menjelang pertembungan getir dua kelab London, menentang Chelsea, Ahad ini.

Frimpong produk akademi Arsenal 2011 berharap, Arteta mampu memperbaiki keadaan di utara London, namun jika diberi pilihan, dia mahu Wenger kembali.

Sepanjang 22 musim membimbing Arsenal, Wenger membawa mereka merangkul 10 trofi, dan Frimpong percaya pengalamanya mampu mengeluarkan Gunners dari keadaan sekarang.

Emmanuel Frimpong percaya Mikel Arteta tidak cukup untuk menjadi pengurus Arsenal.

“Dia ada keupayaan membawa masuk pemain-pemain yang bagus kerana dia seorang yang dihormati dan mampu menarik minat nama besar.

“Bagaimanapun saya tidak pernah dengar Arsene bercakap tentang hasrat untuk kembali sebagai pengurus Arsenal.

“Kita yang kena mengorak langkah dan saya rasa, Mikel tidak cukup bagus untuk mengalas tugasnya sekarang,” kata pemain antarabangsa Ghana itu.

Ramai percaya, kejayaan membawa Arsenal menjulang Piala FA hanya lapan bulan selepas dilantik sebagai pengurus adalah satu-satunya yang menyelamatkan Arteta ketika ini.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed