by

Artis wanita veteran berlagak diva

News Sources:

TERKEJUT Kekda mendengar kisah seorang artis wanita 90-an yang khabarnya berlagak diva di set penggambaran ketika ini. Tidak dinafikan namanya memang popular suatu ketika dahulu, tetapi kalau popular pun perlukah bawa perangai sampai ke tua ini kak?

Menurut cerita, kru di set penggambaran sendiri tidak tahan dengan perangai pelakon ini. Selain suka mengarah, pelakon veteran ini juga suka menjerit apabila bercakap. Sungguh memualkan!

Hello kak, tak boleh ke cakap elok-elok? Adab pun ke laut walhal umur sudah separuh abad.

Bukan itu sahaja, selain mengganggu mereka di set dengan perangai sebegitu, pelakon ini juga menggunakan penduduk sekitar kawasan penggambaran sebagai `orang suruhan’.

Sebelum ini ada yang mengadu pelakon ini menempah baju, siap suruh hantarkan lagi di depan muka. Lepas itu bila minta bayaran sampai ke sudah buat tidak tahu!

Khabarnya pihak produksi pun tidak tahu hendak buat apa dengan kakak ini, bukan apa dalam keadaan sekarang memang perangai pelakon ini memalukan pihak mereka. Sudahlah penduduk setempat melayan dengan baik, kalau diteruskan dengan perangai sebegini, ada yang kena halau dengan penyapu lidi keluar kampung nanti.

Kepada pelakon veteran ini Kekda harap sebelum mana-mana produksi serik mahu ambil berlakon, baik muhasabah diri. Seingat Kekda tidak ada mana-mana pihak mahu melayan perangai diva ini.

Berlakon lah hebat mana pun, kalau perangai membuatkan satu produksi pening kepala. Buat malu sahaja. – MINGGUAN MALAYSIA





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed