by

AS kesan kes pertama varian Covid-19 di Colorado

News Sources:

WASHINGTON: Kes pertama Amerika Syarikat (AS) membabitkan varian Covid-19 yang menular di Britain baru-baru ini, telah dikesan di Colorado.

Lapor Reuters, Gabenor Colorado, Jared Polis dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan negeri tersebut menemui kes varian Covid-19 B117, yang sama dikesan di United Kingdom (UK).   

Polis turut melampirkan kenyataan rasmi pejabatnya bersama pegawai kesihatan negeri yang menjelaskan bahawa individu tersebut merupakan seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an yang ketika ini sedang dikuarantin di Elbert County dan tidak mempunyai sejarah perjalanan. 

Menurut kenyataan itu, individu terbabit tidak mempunyai kontak rapat.

“Namun, situasinya akan terus dipantau secara teliti. Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kes-kes lain yang berpotensi menerusi pengesanan kontak,” jelas kenyataan itu. 

The Washington Post melaporkan kes di Colorado merupakan jangkitan pertama diketahui daripada varian Covid-19 yang direkodkan di AS.   

Dilaporkan, dua kes varian Covid-19 pertama di benua Amerika Utara dikesan di Kanada pada hujung minggu. 

Kebimbangan tercetus akibat penemuan varian Covid-19 baharu itu dengan beberapa pakar berpandangan, virus itu berpotensi lebih mudah disebarkan.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed