by

ASEAN tidak boleh ‘duduk atas pagar’ dalam isu Myanmar

News Sources:

ARAU: Negara-negara anggota ASEAN sepatutnya tidak sekadar ‘duduk atas pagar’ dan perlu memainkan peranan sebagai sebuah badan serantau dalam isu rampasan kuasa tentera di Myanmar yang merupakan satu bentuk pencabulan demokrasi.

Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, ironinya negara-negara ASEAN seperti Singapura, Malaysia dan Filipina dilihat masih tidak sepakat mengenai isu itu.

Katanya, sikap ‘duduk atas pagar’ tidak seharusnya menjadi pilihan ASEAN.

“Kami berkeyakinan ASEAN akan dapat berperanan dengan lebih baik dalam menangani isu Myanmar pada kali ini berbanding sebelumnya.

“Tindak balas tegas dan paksaan tidak mungkin dilakukan, tetapi ada beberapa mekanisme tertentu yang dapat diambil oleh ASEAN yang kami fikir boleh membantu dari segi meningkatkan kemampuan menangani isu tersebut dan juga krisis-krisis yang seumpamanya di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed