by

Asisten Superintenden antara lima dibuang kerja kerana salah laku

News Sources:

KEMAMAN: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden merupakan antara lima dari kontinjen Terengganu yang dibuang kerja kerana terlibat dengan salah laku termasuk penyalahgunaan dadah, tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, mereka juga adalah antara 130 pegawai dan anggota polis di kontinjen itu yang dikenakan tindakan tatatertib kerana pelbagai kesalahan sepanjang 2020.

“Daripada jumlah tersebut, tindakan tatatertib telah diambil terhadap 12 pegawai kanan polis, 112 anggota pangkat rendah dan enam pegawai awam.

“Seramai 17 orang digantung kerja dan sebanyak 72 kertas siasatan tatatertib dibuka ke atas warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Terengganu sepanjang tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pencapaian Kontinjen Terengganu Sepanjang 2020 dan pemakaian pangkat pegawai di sini hari ini.

Menurut Roslee, seramai 11 individu yang dikenakan tindakan dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai, anggota mahupun pegawai awam yang terbabit dengan salah laku terutama jenayah berkaitan penipuan dan dadah.

Dalam perkembangan lain, Roslee berkata, pihaknya bersiap siaga untuk menambah keanggotaan dan aset ke kawasan yang terjejas banjir di negeri ini jika keadaan bencana bertambah buruk.

Katanya, langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin sekali gus mencegah jenayah pecah rumah dan kecurian sepanjang mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed