by

Asrama Pekerja Westlife di JB dikenakan PKPD

News Sources:

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlife, Johor Bahru, Johor bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti yang terletak di Taman Perindustrian Tampoi Jaya itu dikenakan PKPD sehingga 8 Januari ini.

“Pelaksanaan PKPD di kawasan ini hanya melibatkan 231 unit kediaman dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, langkah itu susulan laporan Kementerian Kesihatan yang merekodkan ada berlaku peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di sekitar asrama berkenaan.

Malah, ujian saringan dalam masa tiga hari bermula 21 Disember lalu mendapati seramai 115 orang daripada 3,116 penghuni di situ positif dengan kesemuanya pekerja warga asing.

“Justeru, atas nasihat dan penilaian risiko oleh kementerian tersebut, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan selama 14 hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed