by

AstraZeneca bekal 2 juta dos vaksin setiap minggu

News Sources:

 LONDON: Sebanyak dua juta dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca akan dibekalkan setiap minggu bermula pertengahan bulan ini di United Kingdom. 

Lapor Reuters, berita itu susulan Britain pada Rabu lalu meluluskan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca supaya dapat membendung penularan wabak tersebut. 

Perdana Menteri UK, Boris Johnson membuat tempahan sebanyak 100 juta dos bagi negara itu sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat itu. 

Syarikat itu menyasarkan membekalkan jutaan dos bagi suku tahun pertama dan proses vaksinasi dijadualkan bermula tahun ini. 

Britain mencatatkan lebih  50,000 kes baharu Covid-19 setiap hari selama empat hari berturut-turut yang berhadapan dengan penyebaran pantas daripada varian virus yang lebih mudah berjangkit. 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed