April 21, 2021
by

Asyik utamakan menteri, kerajaan dicadang henti guna slogan ‘prihatin rakyat’ – JohorKini

News Sources:

Ustaz-Azam-Razak.png

MERSING, 11 FEB: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dilihat bukan lagi kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat.

Pengarah Hal Ehwal Syariah, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak mendesak kerajaan menghentikan sahaja penggunaan slogan ‘prihatin rakyat’ apabila tindakan dan keputusannya dilihat cenderung mengutamakan para menteri.

“Lihat sahaja isu berbangkit seperti SOP PKP yang mana rakyat sahaja terkesan, tetapi menteri diberikan kelonggaran.

“Sikap berat sebelah ini bukanlah gambaran sebuah kerajaan yang prihatin, malah slogannya hanya sekadar penyedap telinga.

“Muhyiddin dilihat lemah dalam selain janji yang tidak ditepati. Saya terkilan apabila hanya rakyat sahaja yang terhukum sedangkan menteri dan VIP terus dijaga dan dipelihara,” katanya ketika dihubungi.

Katanya kerajaan perlu menyemak semula tempoh kuarantin yang dikuatkuasakan kepada menteri agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Apa hujah Menteri Kesihatan sehingga mengisytiharkan kuarantin untuk menteri hanya tiga hari berbanding sepuluh hari sebelum ini? soalnya.

Ujar Azam, pertubuhan kesihatan dunia (WHO) menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid019 sekurangnya lima hingga sepuluh hari.

“Namun sehingga kini Muhyiddin membisu. Yang kita persoalkan adalah keprihatinan terhadap rakyat seperti yang dicanang kerajaan sebelum ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

 



Post Views:
26







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed