by

Austria bangkit pada minit akhir

News Sources:

BUCHAREST: Tindakan penggantian pemain Austria, Michael Gregoritsch dan Marko Arnautovic membenam Macedonia Utara 3-1 ketika kedua-dua negara itu memulakan kempen Kumpulan C Euro 2020 di Bucharest, Romania tadi.

Gol yang dicatat kira-kira 10 minit sebelum perlawanan berakhir itu disifatkan sebagai pelerai selepas Austria diikat 1-1 oleh ketua pasukan Macedonia Utara, Goran Pandev pada minit ke 29.

Tindakan, Gregoritsch dan Arnautovic yang merupakan pemain hadapan itu juga dilihat sebagai cubaan melemahkan semangat negara lain terutama menjelang perlawanan antara Belanda dan Austria di Amsterdam.

Terdahulu Ketua pasukan Macedonia Utara, Goran Pandev dinobat sebagai penjaring gol tertua dalam Euro 2020 apabila menjaringkan gol pertama negaranya ketika menentang Austria.

Pandev menduduki tempat kedua selepas Ivica Vastic dari Austria dalam senarai sepanjang masa, yang menjaringkan gol menentang Poland di Euro 2008 berusia 38 tahun dan 257 hari.

Pandev merupakan pemenang Liga Juara-Juara pada tahun 2010 bersama Inter Milan, adalah penjaring terbanyak sepanjang masa di negaranya dengan 38 gol, 20 gol daripada rakannya, Aleksandar Trajkovski. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed