April 17, 2021
by

AWAN Johor bimbang jenayah meningkat akibat pengangguran – JohorKini

News Sources:

Norhayati-Bidin.jpg

Norhayati Bidin

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Peningkatan kadar pengangguran boleh mengundang kepada peningkatan kes jenayah, kata Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Menurut beliau, kebimbangan itu timbul berikutan kedudukan ekonomi keluarga yang terjejas dan kerajaan seharusnya prihatin serta serius menangani masalah ini.

“Ekonomi seseorang individu itu penting dan sekiranya itu tidak dipenuhi kebimbangan lain akan timbul iaitu kadar kes jenayah.

“Sekiranya pengangguran semakin meningkat bermakna apa yang diusahakan kerajaan sebelum ini tidak berjaya.

“Kaedah baharu perlu dicari. Kerajaan perlu mencari pelabur bagi merancakkan semula ekonomi negara yang akan mewujudkan peluang perkerjaan.

“Masalah sosial keluarga dan masyarakat pastinya boleh berlaku akibat dari kepayahan membina ekonomi individu,” katanya ketika dihubungi.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 9 Februari memaklumkan, pengangguran akan meningkat jika negara masih berdepan dengan krisis pandemik Covid-19.

MTUC yang memetik laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan 2.4 juta rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan susulan krisis pandemik Covid-19.

Manaklaa Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kadar pengangguran di negara ini meningkat kepada 4.8 peratus pada Disember 2020.

Johorkini



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed