by

Azizulhasni kebanggaan negara – PM

News Sources:

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengungguli ranking dunia acara pecut individu adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan negara.

Kata Perdana Menteri, dengan kejayaan terbaharu itu i, beliau yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.

Menurut beliau kejayaan tersebut melengkapkan lagi diari gemilang arena sukan negara selepas kejayaan bekas Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, awal bulan ini

”Saya dan seluruh peminat sukan tanah air, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasni,” ujar Perdana Menteri menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

“Kepada Azizulhasni, jadikanlah kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang,” kata beliau lagi

– UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed