by

Baddrol kini influencer – Utusan Digital

News Sources:

ALOR SETAR: Kapten Kedah,  Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai Ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu sempena pelancaran kempen itu di peringkat Kedah di Dataran Wisma Darul Aman semalam.

Pemilihan itu menyaksikan, Baddrol, 32, akan bergelar influencer bagi memastikan pematuhan norma baharu dalam kalangan orang ramai ketika berdepan pandemik Covid-19.

Baddrol ketika ditemui berharap, seluruh rakyat Kedah, mahupun Malaysia dapat mematuhi saranan kerajaan berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya harap semua kekalkan SOP apabila berada di luar kawasan supaya tunjukkan sikap positif untuk kita putuskan rantaian Covid-19 ini,” katanya.

Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat Kedah itu dilakukan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Baddrol turut menerima Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011-2020 baru-baru ini.

Menyentuh tentang persiapan pasukan KDA FC, Baddrol percaya gandingan baharu dan lama mampu menguatkan prestasi pasukan itu.

“Dalam tempoh 10 hari berlatih, kami masih mencari keserasian.

“Insya-Allah kami tetap bagi yang terbaik untuk saingan 2021.

“Kami harapkan sesuatu yang positif untuk kami berusaha memberi saingan terbaik.

“Muka baharu dan lama yang kembali bersama Kedah dapat tunjukkan sesuatu yang cemerlang untuk memacu kejayaan Hijau Kuning musim ini,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed