by

Bah Terengganu bertambah buruk

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang terjejas akibat bencana itu meningkat mendadak kepada 4,262 orang.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, pertambahan itu disebabkan implikasi taburan hujan yang tinggi di samping fenomena air pasang besar. 

Katanya, setakat pukul 8 pagi ini banjir merebak ke empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu dengan 38 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. 

“Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan seramai 3,753 orang daripada 879 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS. 

“Mangsa di Hulu Terengganu yang dipindahkan tengah malam tadi meningkat kepada 321 orang manakala Dungun (186 orang) dan Setiu (dua orang),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Che Adam, cuaca semasa di beberapa daerah di negeri ini masih hujan lebat yang bersilih-ganti. 

Dalam perkembangan sama, katanya, paras air sungai-sungai utama di negeri ini mencatatkan trend menaik. -UTUSAN ONLINE

The post Bah Terengganu bertambah buruk appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed