by

Bakal pengantin dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut

News Sources:

MARANG: Seorang bakal pengantin yang dijadual melangsungkan pernikahannya pagi esok dikhuatiri lemas di pantai sebuah resort di Kelulut di sini lewat petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dikatakan berkunjung ke pantai berkenaan untuk mandi-mandi selepas bersiar-siar bersama adik perempuannya.

Difahamkan mangsa bersama keluarganya baru tiba ke negeri ini hari ini dan menginap di resort berkenaan. 

Pemuda itu dikatakan akan melangsungkan pernikahannya di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di Bukit Payung di daerah ini pada pukul 10 pagi dengan majlis resepsi sejam kemudian.

Terdahulu, bakal isteri mangsa yang turut berada di lokasi kejadian ditenangkan ahli keluarga susulan kejadian itu. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan dengan kekuatan enam pegawai bersama 22 anggota termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu penduduk setempat. 

“Radius pencarian pada malam ini tertumpu kira-kira tiga kilometer di pesisir pantai sehingga pukul 12 tengah malam sebelum disambung semula pukul 7 pagi esok,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam ini. 

Sementara itu, di daerah sama, seorang lagi lelaki dipercayai lemas di Pantai Jambu Bongkok petang ini.

Mangsa, Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, dari Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang di Hulu Terengganu difahamkan manda-manda bersama enam lagi rakannya dan operasi pencarian mangsa giat dijalankan. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed