by

Banjir: 7,112 mangsa terjejas di Johor 

News Sources:

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila seramai 7,112 mangsa banjir daripada 1,854 keluarga dipindahkan ke 68 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat pukul 8 pagi tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu meningkat berbanding 6,924 mangsa banjir daripada 1,813 keluarga yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi. 

Katanya, situasi hari keempat bencana banjir ini menyaksikan daerah Kota Tinggi mencatatkan peningkatan mendadak seramai 559 mangsa banjir dalam tempoh 12 jam hingga kini. 

“Ini menjadikan jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat daripada 1,470 orang daripada 341 keluarga kepada 2,029 mangsa daripada 514 keluarga setakat hari ini yang ditempatkan di 20 PPS di daerah terbabit.

“Turut mencatatkan peningkatan berlipat kali ganda ialah di Pontian yang meningkat kepada 347 mangsa daripada 12 keluarga berbanding semalam hanya melibatkan 23 mangsa daripada lima keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Vidyananthan berkata, turut mencatatkan peningkatan ialah di daerah Mersing iaitu seramai 513 mangsa 132 keluarga, meningkat berbanding 311 mangsa daripada 82 keluarga yang direkodkan malam tadi. 

Katanya, jumlah mangsa banjir di Segamat dan Batu Pahat juga bertambah kepada 71 mangsa daripada 22 keluarga di Batu Pahat dan 65 mangsa daripada 17 keluarga di Segamat. 

“Dua daerah yang terjejas teruk sebelum ini iaitu di Johor Bahru dan di Kluang mencatatkan penurunan melibatkan jumlah yang kecil berbanding semalam. 

“Keadaan semasa mangsa banjir di Johor Bahru membabitkan 1279 mangsa daripada 313 keluarga manakala di Kluang melibatkan 2,527 mangsa daripada 691 keluarga,” katanya. 

Mengulas mengenai jalan yang terputus hubungan, katanya, Jalan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang dan Jalan Semanggar di Kota Tinggi masih ditutup bagi semua kenderaan manakala hanya kenderaan berat sahaja dibenarkan menggunakan Jalan Mawai Lama.

“Bagi di Mersing pula, Jalan Jemaluang-Batu Pahat dan Jalan Kota Tinggi-Mersing dibenarkan dilalui oleh kenderaan berat sahaja. 

“Jalan Haji Suhud, Taman Muhibbah, Johor Bahru masih ditutup sepenuhnya disebabkan berlaku jambatan runtuh di jalan berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed