by

Banjir di Johor makin pulih

News Sources:

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini dilihat bertambah baik apabila jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 1,259 mangsa daripada 324 keluarga setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, seramai 163 lagi mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Katanya, sehingga kini, hanya tinggal 14 PPS yang masih beroperasi di lima buah daerah yang terjejas iaitu Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Segamat.

“Daerah yang terjejas teruk ialah Kluang melibatkan 578 mangsa daripada 137 keluarga di lima PPS yang dibuka. Diikuti daerah Mersing yang merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 335 mangsa daripada 89 keluarga di lima buah PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, 14 PPS yang masih dibuka menempatkan mangsa daripada 21 buah kampung dan kawasan perumahan di daerah terjejas.

Beliau memberitahu, banjir di Kota Tinggi menjejaskan penduduk daripada 10 buah kampung dan taman perumahan diikuti Mersing (6), Segamat (2), Kluang (2) dan Johor Bahru (1).

“Sehingga kini, jumlah daerah yang telah pulih sepenuhnya daripada bencana ialah Pontian, Kulai dan Batu Pahat. Manakala, dua jalan juga masih ditutup iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing dan Jalan Haji Suhud di Taman Muhibbah, Johor Bahru,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed