by

Banjir di Kemaman membimbangkan

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu terus membimbangkan apabila 5,725 mangsa daripada keseluruhan 6,532 yang terjejas akibat bencana itu membabitkan penduduk Kemaman.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 10 pagi ini, sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut bagi menempatkan kesemua mangsa banjir.

Katanya, bagi daerah Hulu Terengganu jumlah mangsa mencatatkan penurunan daripada 805 orang kepada 390 orang.

“Di Dungun pula mangsa yang terjejas banjir adalah seramai 406 orang dan Setiu (11 mangsa).

“Keadaan cuaca semasa masih lagi hujan lebat bersilih ganti di beberapa daerah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, paras air di beberapa sungai-sungai utama di negeri ini terus mencatatkan trend penurunan sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

The post Banjir di Kemaman membimbangkan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed