by

Banjir di Perak semakin pulih

News Sources:

IPOH: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan mangsa banjir berkurangan kepada 359 orang membabitkan 100 keluarga hingga pukul 5 petang hari ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding tempoh sama semalam yang merekodkan 423 orang daripada 120 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa banjir masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, mangsa banjir di Hilir Perak kini tinggal 343 orang di dua PPS iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (230) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap melibatkan 113 mangsa.

“Di Hulu Perak, seramai 16 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah manakala banjir di daerah Kampar pula telah pulih sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed