by

Banjir di Terengganu hampir pulih

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Banjir fasa kelima di Terengganu hampir pulih dengan hanya 82 mangsa yang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 6 petang ini, sebanyak lapan PPS ditutup secara berperingkat sejak pagi termasuk tiga di Dungun. 

Katanya, perkembangan itu menjadikan hanya empat PPS yang masih beroperasi di Kemaman. 

“PPS itu ialah di Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Surau Haji Othman dan SK Bukit Mentok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.  -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed