by

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda Terengganu sejak sembilan hari lalu berakhir sepenuhnya hari ini dengan penutupan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) sebentar tadi. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, kesemua 517 mangsa bah terakhir pulang ke rumah masing-masing bermula tengah hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 373 mangsa membabitkan 95 keluarga direkodkan di Dungun manakala di Kemaman pula 144 orang.

“Bagaimanapun, amaran angin kencang dan laut bergelora masih berkuatkuasa di samping fenomena air pasang besar jadi kita minta penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada.

“Selain itu, saya menasihatkan orang ramai agar tidak berada di pinggir pantai seperti di Pantai Seberang Takir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed