by

Banjir: Jalan ke bandar Kuantan sesak

News Sources:

KUANTAN: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Jalan Tanah Putih menghala ke bandar ini di sini ditutup akibat dinaiki air.

Berikutan itu, keadaan jalan utama dari Gambang-Kuantan sesak teruk selepas kenderaan dilencongkan ke arah jalan bertentangan untuk ke pusat bandar.

Tinjauan Utusan Malaysia, kesesakan berlaku kira-kira hampir tiga kilometer sehingga laluan bertingkat di berhampiran Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini.

Cuaca pada ketika ini hujan renyai, kadang kala lebat.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi juga menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Isap di sini turut dinaiki air. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed