by

Banjir kembali teruk di Johor, 3,145 mangsa dipindahkan

News Sources:

JOHOR BAHRU: Gelombang kedua banjir melanda negeri ini apabila seramai 3,145 mangsa kembali berpindah ke 38 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka susulan hujan lebat sepanjang hari semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah yang direkodkan setakat pukul 8 pagi itu menyaksikan sebanyak lima daerah terjejas akibat banjir.

Menurut beliau, daerah terlibat adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Kulai.

“Ekoran hujan lebat yang berlaku sepanjang hari semalam, jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat menyaksikan seramai 3,145 orang daripada 904 buah keluarga ditempatkan di PPS seluruh Johor.

“Daerah paling teruk terjejas adalah Kota Tinggi dengan seramai 1,848 mangsa, diikuti Johor Bahru (1,056), Segamat (94) dan Kulai (94) dan Mersing (52),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, jumlah mangsa yang dicatat tersebut merupakan peningkatan mendadak berbanding jumlah yang direkodkan pada pukul 8 malam semalam iaitu seramai 1,604 mangsa.

“Jabatan Meterologi Malaysia turut menjangkakan hujan lebat akan berterusan di daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Batu Pahat.

“Sementara itu, beberapa daerah lain seperti Segamat dan Mersing turut berada dalam kategori buruk dengan hujan turut dijangka berlaku hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata, Jalan Felda Semenchu di Kota Tinggi turut ditutup di samping dua lagi jalan yang masih belum dibuka iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed