by

Banjir memburuk di Kelantan – Utusan Digital

News Sources:

KOTA BHARU: Bah yang melanda enam jajahan di negeri ini memburuk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir kini meningkat kepada 5,161 orang daripada 1,410 keluarga.

Enam jajahan tersebut adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kota Bharu.

Sehingga pukul 5 petang ini, portal eBanjir.kelantan.gov.my merekodkan sebanyak 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di enam jajahan terbabit bagi menempatkan mangsa banjir.

Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,809, orang diikuti Pasir Mas (1,514 orang), Tanah Merah (508 orang), Gua Musang (236 orang) dan Jeli (72 orang) dan Kota Bharu (22 orang)

Portal eBanjir juga melaporkan empat daripada lima sungai utama di negeri ini melepasi paras bahaya dengan menunjukkan  trend meningkat.

Paras air terkini Sungai Galas di Dabong adalah 38.28 meter manakala Sungai Lebir di Tualang (35.13 meter),

Sungai Kelantan di Tangga Krai pula direkodkan 27.36meter, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (18.46 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraj (5.67 meter).

Sementara itu paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencecah 10.42 meter manakala Sungai Golok di Kuala Jambu (2.87 meter). -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed