by

Banjir : MPK kutip 30 tan sampah

News Sources:

KEMAMAN: Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menganggarkan hampir 30 tan sampah dikutip di kawasan yang terjejas banjir di daerah itu sejak Khamis lalu. 

Yang Dipertuanya, Jusman Ibrahim berkata, kerja-kerja pembersihan sampah  dimulakan pada Ahad lalu dan dijangka  selesai pada hujung minggu ini.

“Hampir 12 tan metrik sampah diikutip di Rumah Mampu Milik (RMM) Telok Kalong dan kerja-kerja pembersihan masih lagi berjalan. 

“Kira-kira 200 pekerja dikerahkan untuk mengutip sampah di samping 30 lori dan lebih 10 jengkaut digunakan setiap hari untuk mengangkutnya ke tempat pelupusan sampah Bukit Takal di Chukai,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini. 

Jusman berkata, kerja-kerja pembersihan turut dibantu sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) yang turut turun padang membantu. 

Menurutnya, pihak MPK akan memastikan kerja-kerja pembersihan itu berjalan lancar dan diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit berlaku. 

“Kita juga mahu mangsa banjir tinggal di rumah masing-masing dengan selesa, sebab itu, kita mengerahkan pekerja untuk membersih dan mengutip sampah sehingga selesai walaupun hari minggu mereka tetap bekerja,” katanya. 

Jusman berkata, pihaknya turut berdepan dengan kesukaran dalam kerja pembersihan pasca banjir berikutan keadaan lumpur tebal di kawasan pedalaman termasuk di Kampung Air Putih berikutan jarak lokasi kampung dengan pusat pelupusan yang jauh kira-kira 30 kilometer. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed