by

Bas percuma GOKL perkenal baharu

News Sources:

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Bas GoKL diperluaskan menerusi pengenalan laluan kesembilan, dikenali Laluan Coklat, yang menghubungkan kawasan perumahan Seksyen 10 Wangsa Maju ke Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai, di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkhidmatan itu dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang menggunakan pengangkutan awam di kawasan tersebut.

“Laluan Coklat sepanjang 14 kilometer ini bermula dari Seksyen 10 Wangsa Maju, melalui PPR Desa Rejang, Taman Tasik Sri Rampai, menghala stesen transit LRT Sri Rampai dan kawasan-kawasan sekitarnya termasuk Seksyen 4 Wangsa Maju.

“Laluan ini turut melibatkan PPR Desa Rejang dan Perumahan Awam (PA) Setapak Jaya 1A. Laluan ini juga menghubungkan pusat tumpuan orang ramai seperti Medan Selera D’Rejang, Masjid Abu Ubaidah, kawasan membeli belah AEON BIG dan Wangsa Walk,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, kekerapan perkhidmatan bas GOKL setiap 15 minit dijangka dapat memberi manfaat kepada warga Kuala Lumpur.

Pada 2019 seramai 19.7 juta orang, atau 55,000 orang sehari, menggunakan perkhidmatan bas GoKL.

Bagaimanapun katanya, pada tahun lalu terdapat sedikit penurunan penumpang bas GoKL kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.

“Pada tahun 2020, jumlah penumpang GOKL yang direkodkan adalah seramai 9.7 juta penumpang, dengan purata 27,000 penumpang sehari atau 814,000 penumpang sebulan,” tambah Annuar.

Perkhidmatan percuma Bas GOKL, lebih tertumpu kepada laluan di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur bagi memudahkan pergerakan pengguna pengangkutan awam untuk perjalanan di dalam Pusat Bandar KL (CBD).

Sementara itu, Annuar berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyediakan aplikasi mudah alih GOKL dan sedang menambahbaik aplikasi tersebut untuk membekalkan maklumat perkhidmatan rel yang lain.

“Dengan adanya kemudahan aplikasi mudah alih GOKL ini, warga kota Kuala Lumpur dapat menggunakannya untuk merancang perjalanan harian dengan lebih teratur.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna telefon Android menerusi Google Play manakala pengguna IOS menerusi Appstore,” kata beliau. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed