by

Batal bayaran untuk permit perniagaan dalam talian 

News Sources:

GEORGETOWN: Kerajaan negeri digesa membatalkan bayaran untuk mendapatkan permit perniagaan secara online (dalam talian) yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sehingga membebankan rakyat khususnya peniaga online

Menyifatkan bayaran permit itu sebagai tidak masuk akal, Ketua Penerangan MCA Bahagian Bagan, Lim Jit Fong berkata, peraturan baharu itu akan meningkatkan kos peniaga yang menjual produk secara dalam talian. 

Sehubungan itu, ujar beliau, pihaknya telah mengemukakan petisyen bagi membantah perkara itu kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow semalam dalam usaha menyelamatkan peniaga yang terjejas. 

“Tindakan MBSP mengenakan bayaran untuk mendapatkan permit perniagaan secara online akan menghalang perkembangan perniagaan bagi sektor berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan petisyen tersebut di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini. 

Difahamkan, para peniaga online perlu membayar caj RM60 untuk memperoleh permit bagi tempoh enam bulan. 

Menurut Jit Fong, sepanjang tempoh memerangi pandamik Covid-19, Kerajaan Pusat amat menggalakkan peniaga untuk melibatkan di dalam sektor perniagaan secara online

Katanya, ia selaras dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19. 

“Namun, tindakan MBSP ini bukan sahaja melanggar prinsip yang mengutamakan rakyat, tetapi turut menghalang perkembangan sektor perniagaan secara online,” katanya. 

Dalam pada itu, Setiausaha Organisasi MCA Bahagian Bagan, Tan Ming Huan berkata, kerajaan negeri wajar memberikan insentif dan subsidi kepada peniaga kecil online yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

“Pendekatan ini dapat membantu perniagaan mikro secara online dan juga dapat meningkatkan ekonomi Pulau Pinang, bukan hanya memungut bayaran permit perniagaan secara atas talian,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed