by

Bayar RM28 tipu ujian Covid-19

News Sources:

JAKARTA: Polis Pelabuhan Tanjung Perak di Indonesia menumpaskan sindiket pemalsuan keputusan ujian saringan pantas Covid-19 di Surabaya.

Dengan bayaran sebanyak 100,000 rupiah (RM28.87), individu boleh memperoleh surat ujian saringan pantas dengan keputusan tidak reaktif (negatif) tanpa perlu melakukan pemeriksaan itu.   

Lapor Kompas.com, kegiatan itu beroperasi di sekitar Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya.

“Mereka menawarkan surat keputusan ujian saringan kepada penumpang kapal laut antara pulau sebagai syarat untuk pembelian tiket perjalanan,” kata Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Perak, AKBP Ganis Setyaninggrum.

Jelas beliau, tiga anggota kumpulan yang dikenali sebagai MR berusia 55 tahun, BS, 35, dan SH, 46, ditahan oleh Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya kini sudah ditahan.

Katanya, siasatan polis mendapati MR merupakan pemilik agensi pelancongan, BS adalah broker dan SH pula seorang pekerja di Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) di kawasan Polis Pelabuhan Tanjung Perak.

Jelas Ganis, selain menjadi broker, BS sendiri ditugaskan untuk memalsukan sijil, setem dan tandatangan doktor, selain memastikan surat itu diperoleh dari Puskesmas di bawah kawasannya.

“Kami akan menyiasat perkara ini kerana dipercayai melibatkan banyak pihak seperti pusat kesihatan dan ejen pelancongan,” ujarnya.

Menurut beliau, sindiket yang sudah beroperasi sejak empat bulan lalu dilihat amat berbahaya kerana kemungkinan besar boleh memburukkan lagi pandemik Covid-19 yang melanda Indonesia ketika ini.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed