by

Bayi berumur 50 hari cedera, nampak usus diserang kera 

News Sources:

BUTTERWORTH: Seorang bayi lelaki berusia 50 hari cedera pada pipi, belakang kepala dan luka pada perut sehingga ternampak usus akibat digigit seekor kera tunggal jantan. 

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang kelmarin di rumah keluarga bayi berkenaan di Kampung Manggis, Sungai Puyu di sini. 

Ketika kejadian, bayi itu ditinggalkan bersendirian seketika di ruang tamu rumahnya selepas ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, bayi itu dikatakan berbaring di atas tilam menghadap pintu hadapan dengan tingkap nako tertutup dan pintu dikunci pada bahagian atas. 

Tambahnya, bayi itu disedari diserang oleh kera yang menceroboh masuk ke dalam rumah keluarganya selepas ibu mangsa mendengar tangisan kuat anaknya itu. 

“Ketika bergegas mendapatkan anaknya, ibu bangsa mendapati bayi itu telah beralih kira-kira satu meter dari tilam dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan gigitan pada bahagian kepala dan badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, ibu mangsa juga mendakwa melihat seekor kera jantan besar di hadapan pintu rumah sebelum lari ketika wanita itu mencapai bayinya. 

Ketika kejadian juga, katanya, ayah mangsa keluar ke kedai manakala neneknya memasak di dapur sementara bapa saudara mangsa berada di luar.

Ujar beliau, bayi itu telah menjalani pembedahan Hospital Pulau Pinang dekat sini untuk mencantum semula bahagian perut yang koyak akibat gigitan itu dan dimaklumkan tiada kecederaan usus. 

Beliau berkata, berdasarkan aduan, kera  itu dikatakan bergerak di sekitar kawasan rumah mangsa dan jirannya serta sering menyelongkar makanan di rumah penduduk. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed