by

Bayi dua bulan dijadikan cagaran bayar hutang dadah

News Sources:

BRASILIA: Seorang wanita ditahan polis negara ini selepas didakwa menggunakan bayinya yang berusia dua bulan sebagai ‘cagaran’ untuk membayar hutang dadahnya.

Wanita berusia 28 tahun itu didakwa meninggalkan bayinya di ‘sarang penagih dadah’ dan berjanji akan datang untuk mengambilnya semula selepas berjaya membayar hutang dadah.

Video menunjukkan anggota polis menyelamatkan bayi tersebut di Pontes e Lacerda pda 8 Jun lalu menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap polis, Bruna Caroline Laet berkata, wanita tersebut sudah bersedia untuk kehilangan anaknya apabila menjadikan bayi itu sebagai cagaran.

“Bayi itu adalah bayaran kepada dadah yang dibeli wanita tersebut.

“Polis akan menyiasat kes ini secara teliti dan wanita tersebut sudah pun ditahan,” katanya.

Sementara itu, bayi berkenaan bersama tiga adik-beradiknya kini diletakkan di bawah perlindungan kebajikan kanak-kanak. – AGENSI

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed